© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Perkahwinan Sarah & Roy


  • Sumo

Hari Ahad baru-baru ni saya deliver album untuk Sarah & Roy. Waktu delivery memang kelass… pukul 1.00 pagi di McDonald `Damansara  berdekatan Shell’ . Kenapa saya italickan perkataan tu? haha.. ada kisahnya.

Pada hari Sabtu tu saya berada di Alor Gajah, Melaka. Petang tu Sarah sms saya kata nak jumpa di McDonald Damansara pukul 12.00 hari tu. Saya pun agak konfius – pukul 12.00 tengah hari ke tengah malam. Saya pun call Sarah untuk confirm. Rupanya pukul 12.00 tengah malam. Saya pun terus confirm OK sebab saya rasa sempat saya sampai dari Melaka. Nak menambah perisa dalam cerita ni, kena pulak hari tu PLUS highway sesak teruk di Seremban sebab ada dua kemalangan berasingan. Lenguh jugak la nak sampai KL. Dah la badan penat. Akhirnya saya sampai di rumah pada pukul 11.30 tengah malam.

Sebelum sampai sempat singgah 7 Eleven dulu beli Maggi Asam Laksa (ni semua terpengaruh dengan filem Istanbul Aku Datang la ni). Lepas berehat pekena Maggi dulu, siapkan album dan keluar ke McDonald Damansara Damai.

Sarah kata dia dah sampai. Saya pun cari tapi tak nampak pulak. Katanya ada betul-betul depan McD, tapi yang ada cuma penjual durian. Heran pulak saya. Saya pun call balik. Katanya dekat McD yang ada KFC belakangnya. Pelik lah pulak sebab dekat McD Damansara Damai memang takde KFC. Setelah diselidik rupanya dia dekat McD Kota Damansara. Kuang kuang kuang!… memang miscommunication habis.

Cuba check balik – Sarah kata McD Damansara sebelah Shell. Saya pulak pergi ke McD Damansara Damai sebelah Shell. Yang betul ialah McD Kota Damansara sebelah Shell. Hahaha… what a confusion.

Anyway ini semua mengajar kita agar lebih detail bila menyebut lokasi. Saya pun sepatutnya bertanya dengan lebih detail. Ini juga pengalaman pertama saya deliver album pukul 1.00 pagi. Saya harap Sara & Roy suka hasil kerja saya. Nanti boleh rekomen pada kawan-kawan.

Di sini juga saya sharekan beberapa gambar dari album perkahwinan mereka. Majlis akad nikah diadakan di Puchong sementara majlis resepsi pula telah diadakan di Putrajaya. Boleh saja share dengan rakan-rakan melalui butang sharing di bawah ini.
IMG_4416 editedw

IMG_4421 editedw

IMG_4460 editedw

IMG_8874 editedw

IMG_8934 editedw

IMG_9044 editedw

IMG_9290 editedw

IMG_9309 editedw

IMG_4736 editedw

IMG_9372 editedw

IMG_9432 editedw

IMG_9439 editedw