© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Resepsi Syikeen & Hasry


  • Sumo
Posting kali ini adalah sambungan dari majlis akad nikah pasangan Syikeen & Hasry yang diadakan di Bukit Goh, Kuantan pada awal Jun yang lalu. Anda boleh lihat tentang majlis akad nikah mereka dengan klik di SINI.
Majlis resepsi turut diadakan di Asrama Akademi Latihan Felda Bukit Goh, Kuantan. Ianya merupakan resepsi dua pasangan pengantin. Satu lagi pasangan adalah adik perempuan kepada Syikeen.
Majlis dimulakan dengan perarakan motosikal berkuasa tinggi yang berarak masuk mengiringi mempelai yang menaiki kereta pengantin masing-masing. Sesudah itu pengantin berjalan menuju ke pelamin yang terletak di dalam dewan. Untuk majlis kali ini Syikeen dan Hasry mengenakan pakaian yang mengikut pengamatan saya berwarna TEAL. Teal adalah warna hijau yang agak pudar. Pengantin lelaki memadankan warna ini dengan sampin dan tanjak berwarna silver. Satu kombinasi yang cukup cantik.
Satu lagi pasangan pengantin mengenakan pakaian berwarna kuning terang.
Upacara di pelamin dimulakan dengan upacara merenjis. Setelah selesai merenjis keempat-empat mempelai dan keluarga terdekat diraikan dalam upacara makan beradab. Ini diikuti dengan acara bergambar yang dibuka kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai. Walau pun kepenatan namun pengantin tetap maintain ceria.
Selesai semua upacara rasmi kami pun bergerak ke lokasi untuk outdoor photoshoot. Destinasi kami sebenarnya ialah ke pantai Teluk Cempedak. Saya dah lama teringin nak shoot pengantin di atas jambatan pejalan kaki yang menyusuri sepanjang pantai Teluk Cempedak. Namun begitu hajat saya tak kesampaian. Disebabkan musim cuti sekolah dan juga hari Sabtu menyebabkan terlalu ramai pengunjung di sana. Kami tidak mendapat tempat untuk meletak kereta. Kawasan tepi pantai penuh sesak.
Setelah berbincang dengan pengantin, kami mengambil keputusan berpatah balik dan pergi ke lokasi alternatif iaitu di Taman Gelora. Taman Gelora merupakan sebuah pantai peranginan yang agak cantik juga di Kuantan. Ia terletak di sebelah padang golf. Di sini keadaannya tidaklah sesesak Teluk Cempedak. Ianya memudahkan kerja-kerja fotografi saya dan juga team video dari Weddingwave.
Setibanya di lokasi seperti biasa saya akan meninjau dulu untuk mendapatkan idea fotoshoot dan mencari port yang sesuai. Setelah mendapat ilham maka sesi fotoshoot pun bermula. Fotoshoot hari ini lebih meriah kerana ditemani rakan-rakan pengantin serta dan juga team videography Weddingwave iaitu Adie dan juga Azrul.
Satu fakta yang menarik tentang majlis kali ini ialah warna dan fesyen baju pengantin ini begitu diminati ramai. Ada beberapa pembaca dan pengikut di FB yang inbox saya bertanya tentang baju tersebut. Seperti yang saya tulis diawal tadi warna yang dipakai adalah Teal. Ada juga yang memanggilnya turquoise.
Baiklah, sebelum mengakhiri posting ini seperti biasa kita layan foto dulu. Feel free to share it with your friends through sharing button below.

Shikeen&Hasri-01 088 edit1

Shikeen&Hasri-02 091 edit1

Shikeen&Hasri-02 122 edit1

Kereta pengantin. Cantik tak??

Shikeen&Hasri-01 130 edit1

Brader2 big bikers

Shikeen&Hasri-02 149 edit1

Shikeen&Hasri-02 190 edit1

Shikeen&Hasri-01 280 edit1

Shikeen&Hasri-01 414 edit1

Shikeen&Hasri-01 431 edit1

My favorite shot for the day

Shikeen&Hasri-01 443 edit1

Shikeen&Hasri-01 486 edit1

Shikeen&Hasri-01 498 edit1

Shikeen&Hasri-01 505 edit1

Yang kanan sekali tu peserta favorite saya. Nak tau kenapa kena tanya pengantin.

Shikeen&Hasri-01 534 edit1

Happy walaupun penat

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej fotografi sila hubungi saya di:
Handphone: 017-3749707 atau 016-3937067
e-mail: nikhamidi@gmail.com
BBM: 28D88C2F.