© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Canon EOS 6D


  • Sumo

Canon EOS 6D

Nampaknya persaingan di antara pengeluar kamera semakin sengit dalam pasaran dslr. Masing-masing terus berlumba-lumba meningkatkan keupayaan kamera masing-masing dan terus mengeluarkan produk-produk baru yang semakin advance.

Terbaru ialah Canon yang mengumumkan kamera dslr terbaru iaitu Canon EOS 6D. Pengumuman ini hadir selang seminggu selepas pesaing utama iaitu Nikon mengeluarkan kamera dslr Nikon D600. Kedua-keduanya merupakan kamera jenis full frame yang dikatakan bakal menurunkan harga kamera full frame pada harga mampu milik.

Ciri-ciri utama kamera Canon 6D ini ialah seperti berikut:

  • DSLR Full Frame paling kecil dan paling ringan pernah dihasilkan
  • Dimensi – 145x111x71 mm
  • Berat – 770g dengan bateri
  • 20.2 megapiksel dengan pemproses DiGiC 5+
  • Skrin TFT LCD bersaiz 3.2 inci
  • 11 titik autofokus dengan hanya titik tengah dalam bentuk cross type
  • ISO antara 100 hingga 25,600 dan boleh ditingkatkan kepada 50 hingga 102,400
  • Kadar rakaman berterusan adalah 4.5 frame sesaat
  • Keupayaan rakaman video dengan kualiti HD penuh pada kadarnya 30 frame sesaat
  • Dilengkapi kemudahan Wi-fi dan GPS bagi memudahkan proses geotag dan juga upload ke laman sosial media.

Dari beberapa ulasan yang ditemui beberapa kelebihan utama kamera ini adalah ciri-ciri weather sealed yang membolehkan ianya digunakan dalam keadaan cuaca teruk, masa pengaktifan yang cepat iaitu 100 ms selepas ON, full frame, viewfinder yang luas iaitu 0.71 dan juga fungsi HDR dalam kamera.

Pesaing utamanya pula adalah Nikon D600. Di dalam keluarga Canon pula kamera ini mungkin terletak ditengah-tengah antara 5D Mk III dan juga 7D.

Kekurangan kamera ini jika dibanding dengan pesaing utama adalah seperti berikut:

  • Kekurangan titik fokus – hanya 11 titik dan cuma satu cross type. 5D Mk III mempunyai 61 titik manakala Nikon D600 mempunyai 39 titik.
  • Continuous drive mode agak perlahan iaitu 4.5fps. 5D Mk III 6fps; Nikon D600 5.5 fps.
  • Hanya satu slot memori kad berbanding 5D Mk III dan Nikon D600 yang mempunyai 2 slot.
  • Tidak mempunyai built-in flash.
  • Shutter speed paling tinggi dikatakan hanya 1/4000 sahaja.

Kamera ini dijangka akan mula dipasarkan di negara ini pada bulan Disember 2012. Harganya dijangkakan sekitar RM6,500 untuk badannya sahaja manakala bagi model dengan lensa 24-105mm f4/L pula dijangka dijual pada harga hampir RM9,000. Jadi sesiapa yang berhajat tu dah bolehlah buat perancangan bajet.

 

Perbandingan saiz 6D dan 5D

 

Nota: Penulis tidak bertanggungjawab dengan kesahihan ciri-ciri di atas. Para pembeli dinasihatkan membuat perbandingan di kedai kamera untuk memastikan ketepatan ciri-ciri tersebut.