© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Blog Fotografi & Perkahwinan – Statistik Terkini


  • Sumo

Blog nikhamidi.com ni mula dilancarkan pada Feb 2012. Maknanya tak lama lagi usianya akan menjangkau 8 bulan. Kalau bayi dalam kandungan belum sampai masanya untuk lahir.

Saya bermula dengan pengetahuan yang agak cetek dalam blogging – jadi untuk memulakan blog ini saya banyak membaca dan membuat kajian di internet. Pada awalnya  saya agak keliru tentang isi kandungan yang ingin diketengahkan. Pada bulan pertama blog ini hanya mendapat 460 hit – purata cuma 15.8 hit sehari (29 hari). Memang agak mengecewakan.

Di bulan kedua iaitu Mac 2012, tidak banyak kemajuan yang dicapai. Blog ini hanya menerima 495 hit iaitu purata 16 hit sehari. Namun begitu saya tidak berputus asa. Saya terus berusaha untuk mencari bahan-bahan terbaik untuk dihidangkan terutama bahan-bahan berupa informasi dan panduan bagi bakal-bakal pengantin.

Bulan ketiga iaitu April 2012, saya nampak ada kemajuan dengan 1,399 hit dengan purata 46.6 hit sehari. Jumlah ini walaupun belum cukup baik tapi ia menyuntik sedikit semangat untuk saya terus menulis. Hasilnya kemajuan berterusan dilihat pada bulan May, Jun dan Julai 2012 dengan jumlah hit bulanan 2,045; 2,138 dan 2,387. Dari segi purata bagi bulan-bulan tersebut ialah 66, 71.3 dan 77 hit sehari.

Saya menjangka agak sukar untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung – terutama di bulan Ogos iaitu bulan puasa. Tambahan pula terdapat tempoh cuti panjang sempena Aidilfitri. Namun, agak mengejutkan bila statistik bulan Ogos menunjukkan 4,516 hit iaitu purata 145.7 sehari. Ini merupakan 2 kali ganda dari bulan sebelumnya.

Untuk bulan September yang masih berbaki 8 hari lagi ini statistik semasa menunjukkan 5,943 hit iaitu purata harian sebanyak 270.1. Saya harapkan jumlah ini terus bertambah dan saya akan berusaha untuk menghidangkan artikel-artikel serta gambar2 terbaik bagi pengunjung.

Terimakasih atas sokongan anda semua!