© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Lagi Tentang Dekorasi & Props Perkahwinan


  • Sumo

Semasa membuat fotografi perkahwinan Saiful & Ainoor di Senawang saya turut berkesempatan meneliti persiapan yang dilakukan oleh mereka di rumah pengantin. Nampaknya mereka amat teliti dalam membuat persiapan baik dari segi warna, hiasan dan juga kelengkapan dihari perkahwinan mereka.

 

Pada malam akad nikah mereka menggunakan pelamin mini yang ringkas tapi menarik. Pelamin mini ini menggunakan warna pastel dengan latar belakang dihiasi langsir berwarna pink. Kusyen bulat putih digunakan dan turut dihiasi bantal berbulu. Permaidani pula berwarna krim yang masih tidak lari dari konsep warna yang digunakan.
IMG_8488 edt2

 

Di anjung rumah pula ada disediakan dessert table. Apa yang menarik ialah dessert table ini selain disediakan dengan makanan ringan, ia turut dipenuhi dengan buah-buahan. Antara buah-buahan yang ada ialah buah kiwi, dragon fruit, epal, limau serta plum. Alas meja tetap mengekalkan konsep coklat. Lebih menarik ialah penggunaan bekas berwarna jingga yang menaikkan seri meja tersebut. Memang kelas. Ini membuktikan nak cantik tak semestinya menggunakan bahan yang mahal.
IMG_8537 edt2

 

IMG_8538 edt2

 

IMG_8543 edt2

 

IMG_8550 edt2
Untuk hari persandingan pula mereka sekali lagi memilih pelamin dengan konsep yang agak minimal tapi tetap menarik. Pelamin dengan konsep hiasan yang rendah. Bunga-bunga disusun di bahagian belakang pada paras kerusi. Latarbelakang ialah langsir berwarna lembut. Di bahagian tengah pula terletak dua patung bear yang comel. Seperkara lagi yang menarik ialah penggunaan lampu yang dapat mengubah-ubah warna latarbelakang pelamin.
 

IMG_8953 edited2-w

 

IMG_8954 edited2-w

 

IMG_8495 edt2

 

Turut disediakan adalah buku tandatangan tetamu. Apa yang menarik ialah buku tandatangan tetamu ini diletakkan disudut bergambar – mereka menyediakan kamera polaroid. Tetamu boleh bergambar dan boleh juga melekatkan gambar mereka ke dalam buku tandatangan sebagai kenangan. Props untuk bergambar juga disediakan di sudut ini. Dan jangan tak tau.. kesemua props ini mereka buat sendiri. Rajin sungguh pengantin kita kali ini.
IMG_8964 edited2-w

 

IMG_8970 edited2-w

 

IMG_8972 edited2-w

 

IMG_8983 edited2-w

 

IMG_9278 edited2-w

 

IMG_9280 edited2-w

 

IMG_8462 edt2
Anda bolehlah berkongsi idea cool ini dengan rakan-rakan anda dengan butang LIKE di bawah ini.