© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Perkahwinan – Majlis Bertandang Aizat & Amera


  • Sumo

Dah lama saya nak postkan foto majlis perkahwinan antara Aizat & Amera ni tapi baru sekarang berkesempatan. Aizat ni dah book dengan saya agak lama jugak. Tapi semenjak buat booking hinggalah kehari majlis ni, kami tak pernah sekalipun berjumpa. Segala confirmation dibuat melalui e-mail dan bayaran semuanya melalui online banking. Begitulah hebatnya teknologi sekarang. Tapi yang paling penting dalam kehebatan teknologi ini ialah kita harus jujur dalam berurusniaga. Ada segelintir yang tidak jujur akan mendatangkan kesan tidak baik kepada orang lain yang jujur. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

 

Berbalik kepada pasangan tadi, assignment kali ini merupakan majlis bertandang. Diadakan di Dewan Serbaguna di Taman Tasik Ampang. Sebelum itu mereka bersiap di rumah Amera di Keramat. Saya sempat ke rumah tersebut untuk merakamkan beberapa foto mereka bersiap. Hampir setengah jam saya di sana, kemudian saya terus ke dewan pula bagi merakamkan suasana di dewan tersebut. Hari ini mereka menggunakan tema maroon. Pengantin mengenakan baju warna maroon. Sementara pelamin pula diadunkan dari warna maroon, ungu cair dan putih.

 

Untuk sebuah majlis bertandang saya dapati majlis ini agak meriah. Kebanyakan majlis bertandang yang saya pernah liputi majlisnya agak ringkas. Untuk majlis ini tetap ada pelamin, makan beradab dan upacara memotong kek. Lebih menarik dengan adanya kumpulan kompang yang mengiringi pengantin, diikuti dengan persembahan silat dari pasukan Gayung Fatani Malaysia. Saya tertarik dengan kehebatan dua pesilat wanita yang membuat persembahan. Handal woooo…. ! Kemudian ada pula persembahan Scottish Bagpipe band.

 

Dan macam biasalah, selesai majlis kami pun apa lagi – outdoor photoshoot la pulak di sekitar tasik tersebut. Dan apa lagi, saksikan gambar-gambar mereka.

 
IMG_9591 edited1

IMG_9599 edited1

Solekan kali ini menggunakan teknik airbrush.

 

IMG_9693 edited1

Inilah dia pelamin dengan tema maroon. Menarik!

 

IMG_9808 edited1

Disambut pahlawan Melayu.

 

IMG_9871 edited1

Ada berani mau rapat ka?

 

IMG_9924 edited1

IMG_0062 edited1

IMG_0132 edited1

Dah lama tak buat panning shot pengantin main buaian.

 

IMG_0138 edited1

Aksi mendebarkan! Cewahh…

 

IMG_0161 edited1

IMG_0191 edited1

IMG_0182 edited1

IMG_0225 edited1

IMG_0240 edited1
Fotografi dan editing: Nik Hamidi, Principal Photographer at Pixelworks Studios
Contact: 017-3749707 or 016-3937067

Sahring is caring. Kongsikan link ini dengan rakan anda melalui butang sharing di bawah. Tak kena bayar pun.