© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Canon EOS 650d – DSLR Skrin Sentuh


  • Sumo

 

Pengeluar kamera Canon baru-baru ini telah melancarkan kamera dslr terbaru mereka iaitu Canon EOS 650d. Kamera ini merupakan pengganti kepada Canon EOS 600d yang telah mendapat sambutan yang amat baik sebelum ini. Kamera ini diwar-warkan sebagai dslr pertama dengan ciri-ciri skrin sentuh. Ianya disasarkan kepada kelompok yang baru ingin berjinak-jinak dengan fotografi dan juga video dslr.

 

Antara-antara lain-lain ciri-ciri menarik kamera ini adalah:

 

  • 18 megapiksel CMOS sensor
  • Pemproses imej DiGiC 5
  • Kebolehan shooting berterusan sebanyak 5 frame sesaat.
  • ISO speed sehingga 12800 dan boleh dikembangkan sehingga 25600
  • 9 titik cross-type AF
  • Skrin live view dan juga skrin sentuh boleh ubah pelbagai sudut (sama seperti EOS 600D)
  • Autofocus dengan skrin sentuh dan juga pengesan wajah dan tracking. Movie AF servo berkebolehan mengesan pergerakan subjek dan terus mengekalkan fokus.
  • Dilengkapkan dengan beberapa filter kreatif seperti fokus lembut, grainy black and white, kamera mainan, mata ikan, efek miniatur serta dua filter terbaru yang dinamakan art bold dan efek lukisan cat air.

 

Kamera ini sudah mula berada dipasaran Malaysia pada 18 Jun 2012. Harga untuk badan kamera ini sahaja adalah lebih kurang RM2599. Bagi badan dan kit lens EFs 18-55 mm / f3.5-5.6 IS II pula berharga lebih kurang RM2999. Canon juga dijangka akan memasarkan variasi kamera ini bersama-sama kit lens EFs 18-135mm /f3.5-5.6 IS STM pada harga RM3899 pada bulan Julai  ini.