© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Mas Kahwin Untuk Perkahwinan di Malaysia


  • Sumo

Di dalam sesuatu upacara akad nikah atau ijab kabul seperkara yang wajib diadakan dari segi hukum syarak adalah mas kahwin. Mas kahwin merupakan pemberian dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa akad nikah dijalankan. Mas kahwin hendaklah dilunaskan dalam bentuk samada wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu benda yang boleh dinilaikan dengan wang.

 

Anda boleh membaca lebih lanjut berkenaan dengan mas kahwin atau juga disebut mahar ini di sini.

 

Kadar mas kahwin di setiap negeri di Malaysia adalah berbeza-beza. Jumlah mas kahwin ini akan disebut semasa akad nikah dilafazkan sebagaimana berikut:

 

“Aku nikahkan dikau dengan XYZ dengan mas kahwin RMyy tunai”. Maka pengantin lelaki akan menjawabnya dengan, “Aku terima nikah XYZ dengan mas kahwin RMyy tunai”.

 

Di sini saya senaraikan kadar mas kahwin mengikut negeri.

 

Senarai Mas Kahwin di Malaysia

Senarai Mas Kahwin di Malaysia

 

Jika kita lihat senarai di atas kebanyakan negeri mengenakan kadar mas kahwin yang agak mudah. Bagi negeri-negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pula jumlah mas kahwin tidak ditetapkan. Bagi Negeri Sembilan dan Selangor, kadar mas kahwinnya lebih terperinci dan kompleks kerana ia mengambil kira status, taraf dan keturunan seseorang wanita itu.

 

Anda bolehlah kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda di Facebook, Twitter dan sebagainya untuk makluman mereka.