© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Hotel Sri Senawang – Penginapan Untuk Tugasan Fotografi Perkahwinan di Senawang


  • Sumo

Pada awal Mei baru-baru ini saya berkesempatan ke Senawang untuk satu tugasan fotografi perkahwinan. Senawang terletak kira-kira 7 km dari Seremban. Senawang merupakan satu kawasan perindustrian dengan kawasan Perindustrian Ringan Tuanku Jaafar menjadi nadi kepada Senawang.

 

Ia juga mempunyai banyak taman-taman perumahan. Antaranya ialah Taman Matahari Indah, Taman Kobena, Taman Bandar Senawang, Taman Senawang Indah dan Taman Jasmin. Tugasan kali ini adalah di Taman Jasmin. Untuk kali ini saya ditempatkan di Hotel Sri Senawang. Faktor utama hotel ini menjadi pilihan adalah kerana lokasinya. Ianya terletak hanya kira-kira tak sampai sepuluh minit memandu untuk sampai ke rumah pengantin.

 

Kadar sewanya pula kalau tak silap saya antara RM60 hingga RM80 satu malam.

 

Hotel ini terletak di Jalan Orkid 2, Taman Senawang Indah. Keadaan hotel ini adalah baik. Saya tak sempat nak snap beberapa keping gambar untuk anda. Apa yang saya sempat snap hanyalah gambar kunci biliknya sahaja.. hehehe.. Saya tinggal di bilik 222.

 

IMG_8428 edt2

IMG_8430 edt2

 

Untuk gambar-gambar lain bagi Hotel Sri Senawang dan sekitarnya, anda bolehlah pergi ke blog Borneotip ini.

 

Sementara itu gambar-gambar dari tugasan perkahwinan akan menyusul nanti. Keep on coming and get your friend to be here too!

 

by: Nik Hamidi

Pixelworks Damansara

Principal Photographer, Pixelworks Studios, Shah Alam

017-3749707 / 016-3937067