© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Banyaknya Hantaran Pertunangan!


  • Sumo

Semasa saya melakukan tugasan fotografi untuk majlis pertunangan Norehan di Gopeng baru-baru ni satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang banyaknya jumlah hantaran daripada pihak perempuan. Lalu saya pun cuba-cubalah bertanya nak dapatkan kepastian berapa jumlah hantaran yang akan diberi.

 

Jawapan yang saya dapat ialah di sana mereka hanya menetapkan jumlah minima hantaran. Contohnya pihak perempuan mungkin akan menyediakan 9 hantaran. Pihak lelaki pula kenalah membalas 7 hantaran iaitu dua hantaran lebih sedikit dari perempuan. Ini adalah bahagian hantaran yang telah ditetapkan. Namun begitu menurut mereka, biasanya mak saudara atau saudara mara yang rapat akan turut menyediakan sumbangan hantaran secara sukarela. Maka ini akan menambahkan lagi jumlah hantaran. Barang-barang yang disumbangkan ini siap dengan gubahannya sekali dan ia bergantung kepada sipenyumbang. Tapi kebiasaanya ia berupa barang-barang makanan, buah-buahan atau pun halwa. Halwa tu apa pulak? Saya tak sempat lagi ni buat research tentang halwa ni. Tapi katanya hantaran halwa ni cukup terkenal di Perak bagi majlis pertunangan. Ia merupakan manisan yang digubah dalam pelbagai bentuk.

 

Seingat sayalah untuk majlis pertunangan Norehan baru-baru ni ada lebih dari 15 hantaran. Lalu adakan silelaki kena balas 13? Tak semestinya, kerana jumlah yang ditetapkan hanya sembilan. Maka pihak lelaki hanya perlu membawa tujuh tanpa perlu mengambil kira hantaran-hantaran tambahan. Jadi ramailah lelaki yang nak meminang gadis Perak merasa lega.

 

Di sini saya kongsikan beberapa foto hantaran yang menjadi favorite saya.

 

Gubahan Halwa

Hantaran pertunangan - halwa

 

hantaran pertunangan - halwa

hantaran pertunangan - halwa

 

Hantaran Sirih Junjung

Hantaran Sirih Junjung

 

Hantaran Coklat

Hantaran Coklat

 

Perbincangan di belakang hantaran

Perbincangan di belakang hantaran

 

Anda juga digalakkan berkongsi dengan rakan-rakan anda dengan menggunakan butang perkongsian di bawah.