Tips Solekan Perkahwinan


 

Solekan hari perkahwinan adalah salah satu perkara yang sering menjadikan hati  berdebar-debar menanti tibanya hari bahagia…?

 

Tentunya kita berharap semoga majlis berjalan seperti yang dirancang kerana inilah saat-saat yang akan dikenang sepanjang hayat. Namun,meskipun persiapan diatur rapi ramai pengantin terutamanya wanita gusar tentang penampilan mereka kala bergelar raja sehari.

 

Mata, fikiran dan hati seringkali inginkan kejelitaan apabila tibanya hari persandingan. Pemilihan gaya solekan yang sesuai sangat penting dan pastinya mampu menambah seri wajah anda pada hari bahagia nanti. Dengan solekan juga ianya mampu menutupi sedikit sebanyak kekurangan pada raut wajah dan inilah kuasa solekan yang sebenarnya.

 

Solekan terkini lebih kepada solekan yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi solekan tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja. Ini kerana ada juga yang membuat permintaan untuk solekan yang agak berani dan berat. Ini terpulang kepada kehendak masing-masing. Apa yang paling penting anda selesa dan yakin sepanjang majlis berlangsung.

 

Berbincanglah dengan jurusolek anda terlebih dahulu tentang konsep yang anda inginkan. Gaya solekan juga berbeza bagi resepsi pada waktu siang, resepsi waktu malam, dirumah atau didewan. Gaya solekan akad nikah dan resepsi juga berbeza. Perbincangan tentang majlis ini memudahkan jurusolek membentuk dan mengawal gaya solekannya. Saya juga mengesyorkan buatlah percubaan solekan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum berlansungnya majlis bersejarah anda. Dengan adanya sesi “test makeup” ini ianya akan memudahkan lagi untuk mengetahui apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk anda. Jangan takut bertanya dan memberi pendapat. Perbincangan bersama pastinya akan memberikan hasil yg terbaik.

 

Cantik dan menawan menjadi idaman semua wanita khususnya pada hari perkahwinan. Solekan yang sempurna dan cocok mampu memukau pandangan  ratusan tetamu yang hadir.

 

Artikel di atas ditulis oleh saudari Fatimah Ishak.

Pemilik dan Jurusolek di Naziema Cantik d’Touch.

Sebarang pertanyaan/tempahan solekan boleh terus hubungi beliau di 017-3872916

 

Jadilah orang pertama dikalangan rakan2 anda untuk berkongsi artikel ini. Sila klik di bawah: