© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Dekorasi dan Props Perkahwinan


  • Sumo

Kali ini nak post pasal dekorasi dan props sesebuah majlis perkahwinan pulak. Dan sekali lagi, kita masih di Kuala Terengganu – majlis Dr Diana dan Dr Fakru. Banyak pulak idea dan perkara yang nak saya kongsikan dengan anda semua hasil dari fotografi perkahwinan yang saya cover di Kuala Terengganu tempoh hari.

 

Pada majlis kali ini ada beberapa dekorasi yang menarik perhatian saya. Jika sebelum  ini saya ada post tentang pelamin mereka, kali ini saya nak cerita tentang perkara lain pulak lah ya.

 

Yang pertama ialah tentang signage – mereka telah menyediakan beberapa label khas untuk fotografi. Label-label tersebut ialah Single, Taken dan juga Married. Label-label ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk menghidupkan fotografi perkahwinan. Ia juga memberikan sedikit kelainan pada foto-foto anda. Sebenarnya bila pasangan pengantin memegang sesuatu, secara tak langsung tumpuan mereka terhadap sesi fotografi itu sendiri dapat dikurangkan. Ini dapat menjadikan mereka kurang stress dan lebih bersahaja. Secara automatik juga gambar-gambar perkahwinan akan kelihatan lebih bersahaja.

 

Props fotografi perkahwinan

Props fotografi perkahwinan

Props fotografi perkahwinan 2

Props fotografi perkahwinan 2

Props fotografi perkahwinan 3

Props fotografi perkahwinan 3

 

 

Yang kedua ialah buku tandatangan perkahwinan yang disediakan. Ini merupakan satu lagi dokumentasi sejarah yang boleh disimpan sebagai kenangan sepanjang zaman. Melalui buku ini mereka akan tahu siapa yang hadir dihari perkahwinan mereka.

 

buku tandatangan tetamu perkahwinan

buku tandatangan tetamu perkahwinan

buku tandatangan tetamu perkahwinan 2

buku tandatangan tetamu perkahwinan 2

 

Yang ketiga ialah props jaket perubatan dan juga stetoskop. Ini merupakan peralatan doktor – sesuai dengan pengantin ini yang kedua-duanya merupakan doktor perubatan. Lihatlah aksi-aksi cheeky mereka dengan stetoskop sambil lengkap berpakaian jaket perubatan serba putih.

 

doktor cinta

doktor cinta

 

Pada saya, effort yang mereka tunjukkan memang amat dihargai. Ia menambahkan keceriaan semasa sesi fotografi dan banyak membantu saya menghasilkan foto perkahwinan yang menarik.

 

Jurufoto & Editor: Nik Hamidi

Partner/Principal at Pixelworks

6017-3749707 atau 6016-3937067

 

Jadilah orang pertama berkongsi artikel ini dengan kawan-kawan anda dengan butang sharing di bawah: