© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Tips Fotografi – Grey Card


  • Sumo

Pernahkah anda mengalami situasi ketika fotografi perkahwinan gambar yang anda ambil menghasilkan tona warna yang agak janggal – mungkin kemerahan, kebiruan atau kekuningan? Ini adalah disebabkan white balance yang tidak tepat. Kadang-kadang foto tersebut dipengaruhi oleh warna dinding bilik pengantin, warna langsir, perabot mahupun warna lampu.

 

Lampu pelamin dan spotlight juga banyak mempengaruhi white balance (WB) ini. Keadaan ini tentunya memeningkan dan kadang-kala mendatangkan ketidak puasan hati kita sendiri.

 

Masalah ini sebenarnya sedikit sebanyak  (kalaupun tidak 100%) boleh diatasi dengan menggunakan grey card. Ada dua cara penggunaan grey card sebenarnya iaitu samada dengan:

 

  1. mengambil gambar grey card dan setkan white balance pada kamera ke Custom mode
  2. mengambil gambar grey card dan disimpan untuk digunakan semasa post processing.

 

Di sini saya akan terangkan cara yang pertama di atas.

 

Fotografi Perkahwinan

Imej dengan Auto White Balance

 

Gambar di atas diambil dengan menggunakan Auto White Balance (AWB). Lihat terdapat unsur kemerahan pada gambar disebabkan keadaan cahaya dari lampu pelamin.

 

Sekarang gunakan grey card untuk melaraskan WB. Pegangkan grey card pada tempat di mana anda akan mengambil gambar. Anda boleh juga meminta pengantin untuk memegang grey card tersebut. Dengan kamera disetkan pada AWB, fokuskan pada grey card tersebut (fokusing tidak perlu sharp!). Kalau boleh biarlah 100% frame dipenuhi dengan grey card tersebut, atau kalau tak dapat sekurang-kurangnya 85% frame. Simpan gambar tersebut dalam kamera anda.

 

Sekarang di dalam kamera anda cari menu untuk setkan Custom White Balance (ianya mungkin terletak di tempat yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan model kamera anda).  Tekan SELECT dan kemudian cari gambar grey card yang anda telah simpan tadi. Setelah anda jumpa file tadi tekan SET. Satu mesej seperti berikut akan keluar pada kamera (berdasarkan Canon 50D) – `Use WB data from this image for Custom WB’. Pilih OK. Kemudian satu lagi mesej akan keluar – `Set WB to Custom’. Tekan OK. Akhir sekali pada white balance selection pastikan anda telah menukar kepada Custom.

 

Kemudian anda bolehlah mengambil semula gambar di lokasi tersebut dengan menggunakan Custom White Balance yang telah ditetapkan. Cuba anda perhatikan imej di bawah yang diambil dengan CWB tersebut. Perhatikan perbezaan pada warnanya yang lebih seimbang dan natural. 

 

Fotografi Perkahwinan
Imej dengan Custom White Balance
 
Untuk tetapan CWB seperti di atas saya menggunakan Mennon Gray Cards yang boleh didapati di DGColor pada harga RM25. Ia mengandungi 2 keping grey card iaitu saiz 6″x4″ dan juga 8″x6″. Ia juga dilengkapi dengan CD mini panduan penggunaan.  
 
Mennon Gray Cards

Mennon Gray Cards

 
Selamat mencuba! Semoga fotografi perkahwinan dan juga fotografi yang lain menjadi lebih baik.
 
Nik Hamidi
Partner/Principal Photographer
016-3937067/017-3749707