© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi – Warna Panas & Warna Sejuk


  • Sumo

Di dalam fotografi pemilihan warna dapat memberikan mood kepada sesuatu  imej. Jika dilihat pada roda warna pada posting yang terdahulu, terdapat dua jenis warna  – panas dan sejuk. Anda boleh merujuknya pada link ini . 

 

Warna panas terletak di dalam kawasan merah-oren-kuning, manakala warna sejuk adalah di dalam zon hijau-biru-violet.

 

Pada kebiasaanya warna yang panas adalah lebih menarik perhatian. Warna sejuk pula dapat memberikan kesan yang lebih tenang dan lembut tetapi kadangkala ianya kurang menarik dan agak pucat. Jadi adalah perlu untuk kita mengimbangi kedua-dua watak warna tersebut.

 

Cuba lihat pada tiga imej dibawah untuk melihat kesannya pada imej tersebut. Imej paling kiri adalah imej asal. Imej yang kedua telah pun ditintkan dengan tone biru dan kelihatan agak sejuk. Manakala imej paling kanan telah dijadikan agak panas dengan tone kemerahan.

 

Zamiel-Malaysia Fotografer