© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Tip: Roda Warna


  • Sumo

Fotografi amat bergantung pada kombinasi warna dalam penghasilan imej yang menarik. Untuk itu, kefahaman tentang Color Wheels (Roda Warna) adalah penting.

 

Roda Warna adalah satu bulatan yang memaparkan himpunan warna dan hubungannya antara satu sama lain. Namun secara dasarnya kita perlu memahami konsep asasnya.

 

Roda warna yang asas dihasilkan dengan meletakkan tiga warna asas iaitu Merah, Kuning dan Biru pada setiap sudut segitiga. Tiga warna ini adalah warna prima kerana mereka tidak boleh dihasilkan dari campuran warna-warna lain. Sebaliknya campuran antara mereka boleh menghasilkan warna-warna lain.

 

Campuran Merah dan Biru menghasilkan warna Ungu. Kombinasi Biru dan Kuning menghasilkan Hijau. Kombinasi Kuning dan Merah menghasilkan warna Oren. Ketiga-tiga warna yang terhasil ini iaitu Ungu, Hijau dan Oren adalah warna kedua.

 

Dari kombinasi 3 warna prima dan 3 warna kedua ini kita boleh menghasilkan enam lagi warna iaitu campuran satu warna prima dan satu warna kedua. 6 warna yang terhasil ini adalah warna ketiga.

 

12 warna-warna ini apabila disusun dalam satu bulatan akan membentuk satu roda warna yang agak mudah. Pada hari ini terdapat  berbagai-bagai versi roda warna dengan kombinasi warna yang lebih kompleks dan menghasilkan beribu-ribu lagi warna.